Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution Provider - High Speed Internet
Search the Web

Welcome To My Homepage

Ke Laman Web lain

Rumahtangga Dan Pembinaan Ummah

Tarbiyyah Di Rumah

Komunikasi Dalam Rumahtangga

Suami Mithali

Isteri Mithali

Welcome To My Homepage

Baitun Dakwah

Free Counter
Free Counter

Selamat datang ke website ini. Semoga bahan-bahan yang disediakan di sini dapat memberi gambaran yang jelas dan benar mengenai Islam sebagai bekalan di sepanjang kehidupan kita yang semakin hari semakin mencabar.

InsyaAllah bahan-bahan di website ini akan cuba diperlengkapkan dari semasa ke semasa.

REALITI MASYARAKAT ISLAM KINI

Syeikh Mustafa Masyhur telah menjelaskan realiti masyarakat Islam dengan menulis:

“Wahai saudara-saudaraku! Kehendak Allah telah menentukan generasi kami dan dan generasi kalian datang setelah musuh-musuh Allah meruntuhkan daulah Islam dan khilafah Islamiyah….kita sekarang berada pada keadaan yang lebih mirip dengan keadaan dakwah pada masa yang pertama kali muncul.  Jahiliyah mengelilingi kita dari segenap penjuru dunia, sedang jumlah para duat sangat sedikit

Kehendak Allah telah menentukan generasi kami dan generasi kalian datang pada fasa ini dari usia dakwah Islamiyah.  Bila seandainya kita hadir di bawah lindungan daulah Islamiyah yang masih wujud nescaya tanggungjawab kita menjadi lebih ringan, tetapi oleh kerana kita hadir pada fasa paling penting dan berat dari fasa-fasa penegakan daulah Islamiyah yang dicita-citakan; iaitu fasa peletakan batu asas (fondasi) untuk pembangunan daulah Islamiyah yang sangat megah ini.

Sedarilah wahai saudara-saudaraku betapa mulia dan beratnya tugas kalian hadapi, kerana ketika daulah Islamiyah ini telah berdiri dengan izin Allah, maka kebaikan-kebaikannya tidak hanya untuk kaum muslimin sahaja tetapi untuk semua umat manusia dan generasi-generasi penerusnya”


Hidup ini umpama suatu pelayaran yang penuh dengan gelombang dan ombak yang menggila. Oleh itu bersabarlah saudaraku ..... kerana sabar itu indah. Sabar itu ialah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan dan keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan Qadar Allah. (AbuUmar;Jitra, Dis05)

Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat.(AbuUmar; Jitra,Mac06)

Berada di bumi Allah tanpa taufiq dan Hidayah-Nya seperti manusia buta tanpa tongkat sebagai pemandu arah; tidak tahu arah tujuan hidup. Akhirnya jiwa menjadi gelisah dan keluh kesah serta menerima kehidupan sebagai satu bebanan yang membosankan. (AbuUmar; KB, 4Jun06)

DAKWAH ADALAH SATU KEPERLUAN

Sudah menjadi kehendak Allah SWT kita berada disuatu zaman yang begitu mirip zaman awal pengutusan Rasulullah SAW.

  • Zaman yang dipenuhi kezaliman, dipadati oleh kebodohan dan didominasikan oleh kerosakan.
  • Zaman dimana tidak ada lagi ajakan atau dorongan untuk manusia patuh dan tunduk kepada kehendak dan perintah Allah SWT.
  • Masyarakat di zaman ini bagaikan haiwan ternak yang tidak mengenal kebenaran dan membiarkan kezaliman menguasai dan mengembala mereka.
  • Dunia seakan-akan hutan belantara yang dikuasai hukum rimba; yang berkuasa menentukan segala hukum dan peraturan hidup.

Oleh itu menjadi satu kewajiban untuk kita menyebar luaskan Dakwah Islamiyyah agar manusia dapat memahami dan kembali semula pada hakikat Islam yang sebenarnya dan berada pada tahap sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT.


azmibhr@yahoo.com
KENAPA BAITUN DAKWAH

Asy Syahid Sayyid Qutb di dalam menafsirkan ayat pertama Surah an Nisaa’ telah menjelaskan:

“Keluarga sakinah merupakan salah satu tiang seri  yang mendokong masyarakat  Islam.  ....keluarga adalah tempat pengasuhan dan pengembelengan alami yang sanggup memelihara anak-anak yang sedang tumbuh, yang mampu mengembangkan fizik, daya pertimbangan, dan jiwa mereka.  Islam membangunkan sistem keluarga di atas asas yang kuat, cermat dan berangkat dari realiti kehidupan.  Aturan yang ditawarkan oleh Islam menjamin terbinanya keluarga bahagia, lantaran nilai kebenaran yang dikandunginya, serta keselarasannya yang dalam fitrah manusia....

Al Qur’an membangunkan sebuah keluarga yang kuat untuk membentuk suatu tatanan masyarakat yang memelihara aturan-aturan Allah dalam kehidupan.  Seorang muslim harus mempersiapkan pengabdiannya di tengah masyarakat dalam lingkungan keluarga. 

Al Qur’an mengaitkan aturan keluarga dengan masalah dasar keimanan.  Artinya aturan dan hukum Islam mengenai keluarga berasal dari Allah SWT dan hal ini adalah natijah dari keimanan kita terhadap keTuhanan-Nya, di mana ciri dasarnya ialah al Hakimiyah (yakni keyakinan bahawa Allah sebagai satu-satunya hakim, pembuat hukum, peraturan hidup).