Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution Provider - High Speed Internet
Search the Web

Komunikasi Dalam Rumahtangga

Welcome To My Homepage Ke Laman Web lain Rumahtangga Dan Pembinaan Ummah Tarbiyyah Di Rumah Komunikasi Dalam Rumahtangga Suami Mithali Isteri Mithali Welcome To My Homepage

KOMUNIKASI YANG BAIK

Salah satu perkara yang terpenting dalam membina dan seterusnya mengekalkan rumah tangga di atas landasan yang bahagia, dan lebih penting lagi di atas jalan hidup Islami adalah aspek perhubungan suami isteri. 

Rumah tangga Islam, sepertimana yang telah dijelaskan dalam rencana yang sebelum ini , mempunyai ciri-ciri khususnya.  Di antara ciri-ciri ini  

Jika kita merenung sejenak kepada firman Allah SWT di dalam Surah ar Rahman ayat 4:

          “...mengajarnya pandai berbicara”

Salah satu  terjemahan kepada makna al bayan ialah seni berkomunikasi dan ini merupakan salah satu nikmat yang besar yang dianugerahkan kepada kita.  Komunikasi adalah satu usaha untuk seseorang itu dikenali dan difahami.  Sekiranya melalui komunikasi yang berkesan seorang itu dapat dikenali besar kemungkinan akan dihormati dan dikasihi.  Aspek komunikasi dalam keluarga adalah penting kerana kita mahu dikenali dan difahami oleh mereka yang sangat rapat dan akrab dengan kita.  Sebenarnya banyak masalah rumah tangga berpunca dari komunikasi yang kurang berkesan, yang banyak menimbulkan salah faham dan ketegangan.  Proses berkomunikasi ini melibatkan perkongsian buah fikiran, pandangan dan perasaan dengan orang lain dengan jujur dan ikhlas.   Contoh teladan yang terbaik untuk kita dalam hal ini tidak lain dari yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.   Baginda memperlihatkan kemampuan komunikasi yang sangat berkesan dalam semua ketika, sama ada dalam mendidik keluarga, sahabat-sahabat mahupun dalam keadaan berhadapan dengan mereka yang memusuhi daƒ­wahnya. 

Di dalam al Qur’ an  Surah al Ahzab ayat  70  terdapat arahan Allah SWT, yang bermaksud:

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan berkata-katalah dengan kata-kata yang tepat”

Komunikasi yang utama di dalam rumah tangga

Kita sama-sama memahami rumah tangga yang dibina di atas asas Islam sudah pasti jauh berbeza dari rumah  tangga yang lain.   Tumpuan kita berkomunikasi adalah untuk memastikan supaya kehidupan kita tidak kegelincir dari landasan syaraƒ­ dan jatuh kepada kemerosotan akhlak.  Di dalam al Qur’an telah disebutkan juga bahawa kita dituntut untuk berpesan-pesan kepada kebenaran; kepada kesabaran dan kepada kasih sayang.  Kita berkomunikasi dalam berbagai bentuk tetapi kesemuanya menjurus ke arah ubudiyyah kepada Allah SWT sahaja.   Bicara atau tuturkata mukmin sepatutnya mempunyai ramuan yang bersifat rabbaniah yang terbit dari ketulusan hati dan kejernihan jiwa yang terikat dengan Allah SWT dan berkomunikasi pula dalam mengajak hati yang mendengar untuk menerima kebenaran yang membawa kepada makrifah dan ubudiyyah.

Walaupun komunikasi dalam rumah tangga merangkumi komunikasi yang luas antara suami dengan isteri, ibu bapa dengan anak dan berhubungkait dengan segala aspek kehidupan, tetapi komunikasi di

dalam rumah tangga Islam tidak terkeluar dari unsur-unsur rabbaniyyah, sama ada kandungan komunikasi mahupun cara atau perlaksanaan komunikasi.

Ta`aruf dan kasih sayang: rahsia komunikasi yang berkesan

Keberkesanan komunikasi dalam rumah tangga secara khususnya banyak bergantung kepada se dalam mana perhubungan kita.  Kita perlu berusaha untuk menyelami perasaan serta isi hati pasangan kita supaya dapat diwujudkan komunikasi yang membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan. 

Pentingnya memberitahu hajat-hajat dalam rumah tangga

Walaupun kita mungkin telah berumahtangga beberapa tahun tetapi kita masih merasai bahawa kita tidak mengetahui pengharapan dan hajat pasangan kita.  Matlamat-matlamat khusus dalam kehidupan, cara-cara layanan yang dihajati dan diharapkan perlu difahami dengan jelas oleh suami mahupun isteri supaya dapat dipertingkatkan perhubungan dan dikukuhkan tali kasih.  Perkara-perkara ini walaupun telah diberitahu secara tersirat tetapi saya merasakan bahawa pengharapan ini perlu diberitahu secara lisan.

(Rujuk perbualan Qadhi Syuraih dengan isterinya dalam buku Ketegangan Rumahtangga dan cara mengatasinya)

Komunikasi dalam pendidikan keluarga

Salah aspek yang terpenting dalam komunikasi dalam rumah tangga Islam adalah dalam melaksanakan proses pendidikan isteri dan anak-anak terutama sekali sewaktu menanamkan hakikat-hakikat Islam, membentuk akhlak dan tidak kurang pentingnya  dalam meluruskan semula isteri dan anak sekiranya tergelincir dari adab dan garis-garis syara’.  Komunikasi ini tidak hanya berbentuk lisan kerana tindakan dan perbuatan boleh membatalkan bimbingan lisan sekiranya bertentangan tutur kata dengan tindakan.  Oleh itu komunikasi berkesan hanya berlaku sekiranya adanya thiqah (keyakinan) dalam diri yang menerima bimbingan lisan kepada yang memberikan bimbingan.  Arahan untuk mendidik keluarga ini boleh kita dapati dalam Surah asy Syu‘ara : ayat 214:

“….dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”

 

Beberapa perkara penting dalam berkomunikasi

(a)     Berkomunikasilah di atas dasar kasih

Ramai orang berada di dalam takut dikenali diri yang sebenar dan mungkin akibatnya akan mendapat  layanan yang negatif dari orang lain.  Rasulullah SAW telah menunjukkan pendekatan yang paling baik dengan melayani orang dengan penuh kasih sayang dan menerima sesiapapun dengan lapang dada.   Kita mestilah  jujur, bersikap tidak bermuka-muka.  Apabila kita melihat isteri kita dengan penuh kasih dan tanggungjawab kita akan sensitif terhadap keperluan dan perasaan mereka dan ini akan membantu untuk menghasilkan suasana yang harmoni.

(b)     Layanlah mereka supaya dirasai diri mereka penting dan dihargai

Setiap kita, sama ada suami atau isteri, akan merasakan sangat beruntung sekiranya pasangannya  melayaninya sehingga dirasakan diri mereka penting dan dihargai. Pasangan kita akan terguris perasaan atau akan menderita di dalam perhubungannya dengan kita tidak merasai dirinya dihargai malah akan merasakan diri mereka terbiar.   Rasulullah SAW sentiasa membawa sahabat-sahabatnya malah kanak-kanakpun merasai diri mereka penting.

(c)     Setiap perkara itu ada masa dan situasi yang paling sesuai

Seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya adalah memilih masa yang sesuai untuk memperkatakan sesuatu terutama sekali dalam memberikan teguran dan kritikan.  Kita perlu memilih masa dan suasana yang tepat terutama sekali dengan isteri atau suami kerana dengan cara ini dapat dikurangkan kesan negatif teguran tersebut.  Kadangkala sesuatu teguran itu boleh diterima sekiranya dilakukan sesuai dengan situasinya.

(d)     Berilah perhatian kepada yang bertutur

Adalah penting dalam komunikasi agar yang mendengar memberikan perhatian kepada yang bertutur kerana bukan sahaja dengan memberikan perhatian kita berpeluang untuk lebih memahami yang cuba dikemukakan dan lebih penting dari itu adalah dengan memberikan perhatian kita juga memberikan penghargaan kepadanya.  

(e)     Kurangkan membuat andaian tetapi mintalah penjelasan

Terdapat juga situasi apabila kita tidak memahami yang diberitahukan kepada kita dan ramai di kalangan kita biasanya membuat andaian dan kerap juga kita silap dalam andaian kita.  Untuk mengelakkan salah faham dan mungkin akibat yang lebih serius maka eloklah kita meminta penjelasan.

Komunikasi dalam rumah tangga muslim adalah sangat penting kerana melalui proses komunikasi inilah dapat dibaca isi hati dan diri sebenar seseorang itu.  Hikmah dalam komunikasi boleh bererti kemampuan memilih waktu yang sesuai untuk berkata-kata ataupun harus diam sahaja.   Walaupun komunikasi tidak hanya terhad kepada pertuturan atau aspek komunikasi lisan sahaja tetapi ini ditekankan kerana salah faham paling kerap berlaku akibat lisan dan salah faham dalam keluargalah akan membawa akibat yang berat.

KOMUNIKASI YANG PALING UTAMA: MENTARBIYYAH ISTERI dan ANAK

DENGAN TARBIYYAH ISLAM YANG SEBENARNYA

Setelah dikemukakan kepentingan dan aspek-aspek perlaksanaan komunikasi dalam rumahtangga, tujuan komunikasi yang paling utama adalah untuk mendidik atau membawa isteri melalui proses tarbiyyah Islamiyyah yang bersumberkan al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW agar suami isteri yang mengemudikan rumahtangga disediakan untuk pembangunan keluarga yang berasaskan Islam dan dapat melahirkan anak-anak yang berperanan dalam memperjuangkan Islam. 

 

SUMBER KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Menurut Akhlaq Hussain “Anak-anak yang soleh menjadi sumber ibu bapa mendapatkan ganjaran di dunia dan akhirat kelak”. 

Oleh yang demikian pendidikan anak-anak supaya menjadi muslim soleh adalah satu tanggungjawab  deeniyyah tetapi kegagalan dalam mendidik mereka juga akan membawa akibat yang berat di akhirat, sepertimana yang terdapat di dalam Surah at Tahrim, ayat 6:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman!  Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu dari api neraka"

Family

I ran into a stranger as he passed by
“Oh excuse me please” was my reply.
He said, “Please excuse me too;
I wasn’t watching for you.”
We were very polite, this stranger and I.
We went on our way and we said good bye.

But at home a different story is told,
How we treat our loved ones, young and old.
Later that day, cooking the evening meal,
My son stood beside me very still.
When I turned, I nearly knocked him down.

“Move out of the way,” I said with a frown.
He walked away, his little heart broken.

While I lay awake in bed,
God’s still small voice came to me and said,
“While dealing with a stranger,
Common courtesy you use,
But the family you love, you seem to abuse.

Go and look on the kitchen floor,
You’ll find some flowers there by the door.
Those are the flowers he brougth for you.
He stood very quietly not to spoil the surprise,
You never saw the tears that filled his little eyes.”

By this time, I felt very small,
And now my tears began to fall.
I quietly went and knelt by his bed,
“Wake up , little one , wake up,” I said.

“Are these the flower you picked for me?”
He smiled ,”I found ‘em because they’re pretty like you.
I knew you’d like ‘em,especially the blue.”
I said,”Son,I’m very sorry for the way I acted today,
I shouldn’t have yelled at you that way.”

He said,”Oh mom,that’s okay.
I love you anyway.”
I said,”Son I love you too,
And I do like the flower,especially the blue.”

Insert Another Sub Header Here

Insert descriptive text which supports the above header. Insert descriptive text which supports the above header.Insert descriptive text which supports the above header. Insert descriptive text which supports the above header.

Insert Another Sub Header Here

Insert descriptive text which supports the above header. Insert descriptive text which supports the above header.Insert descriptive text which supports the above header. Insert descriptive text which supports the above header.

Insert Another Sub Header Here

Insert descriptive text which supports the above header. Insert descriptive text which supports the above header.Insert descriptive text which supports the above header. Insert descriptive text which supports the above header.